Thursday, March 31, 2011

minta maaf

kepada semua pembaca blog ne, kammi memohon maaf kerana tidak mengupdats maklumat atas mslh yg d hadapi oleh kami...
saya wakil bagi pegurusan ICT blog PERSATUAN PANDU PUTERI Daerah Tawau akan mengemaskini blog ne secepat yg mungkin..
harap maklum...

Thursday, March 17, 2011

My PosT - Izza Izzati


Salam buat pembaca,
Salam buat pengunjung laman ini,
Salam kepada rakan seperjuangan,

                Kali ini, buat julung kalinya, aq nak kongsi pengalaman kepada semua pembaca mahupun rakan-rakan lain.

Namaku Izza Izzati Binti Labosa @ Ghazali, aku lahir pada 3 bulan November, tahun 1993. Aku lahir di tawau dan meniti kehidupanku hingga sekarang di bumi Tawau ini. Aku dari tadika hinggalah menengah bersekolah di St Patrick Tawau. Setia dengan sekolah tu… Aku adalah Pandu Puteri Raja Yang Pertama di Tawau tahun 2010 bersama dua rakan aku iaitu Izni Nur Afiqah dan Nur Ashimah Udin. Aku dulunya adalah seorang yang pemalu, takut, pendiam, penyendiri, perahsia.. tapi semua tu dulu.. Aku berubah kerana seseorang, aku berubah kerana sesuatu, aku berubah kerana aku mahu menjadi lebih baik dari yang dulu.. Ternyata sekarang aku mencapai matlamat hidupku yang satu itu…

Persatuan Pandu Puteri adalah sebuah persatuan yang merubah hidup anak gadis remaja selama 100 tahun lamanya. Nombor yang tercatat akan berterusan tahun demi tahun. Aku percaya sekarang kerana aku mengalaminya.. Renungan selama 10 minit sebelum ini membuat aku sedar, aku jauh berubah.. aku berubah lebih matang, berpendirian, bertanggungjawab, dan berdikari.

Okla, mula-mulanya masa aku tingkatan satu dulu di sekolah menengah st Patrick, tercetusnya perasaan inginkan sesuatu setelah mendengar cerita dan tawaran dari seorang pemimpin pandu puteri aku di sekolah itu.. Mula-mula tu, saja-saja aku nak join.. Semakin lama, semakin aku seronok mengikuti setiap aktiviti. Oleh kerana semakin berputiknya Minat kepada kepanduan, semakin cepat membentuk corak didalam diriku yang semakin sukar dipadam. Mungkin korang bosan kan dengar cita aku.. Well, aku Cuma abadikan cerita ne kepada yang berminat saja, so if korang nak continue juga baca, dipersilakanla baca yang seterusnya, if tak, dialu-alukan untuk keluar dari page ne k.. 


“PANDU PUTERI RAJA”


Ya, itulah yang aku kejar-kejarkan dalam masa 5 tahun sebelum ne. Aku Cuma boleh bercerita dari pengalaman, dan kongsikan pengalaman itu kepada semua.  Cerita itu, takkan sama seperti apa yang berlaku sebenarnya. Setiap manusia ditakdirkan kejayaan buat dirinya.. Tetapi pembaca sekalian jangan lupa akan setiap kejayaan pasti ada kegagalan, setiap kegagalan pasti ada hikmahnya. Perjalanan menempuh kejayaan itu penuh dengan liku cabaran, dugaan dan kebahagiaan. 

“Seseorang dengan tujuan yang jelas, pasti akan meraih kejayaan, walau melalui jalan yang berliku, penuh onak dan badai.”

‘Seseorang yang tanpa tujuan, pasti akan menempuh kegagalan, walau melalui jalann yang mudah dan lurus.”

Berikut adalah kata-kata yang hidup bersama kejayaan yang aku kecapi ini.
Dalam aku berusaha untuk melayakkan diri tercalon untuk menerima anugerah tertinggi dalam Persatuan Pandu Puteri Raja ini, aku belajar untuk urus jadual aku untuk seimbangkan dengan pelajaran aku. Aku sedar aku bukan dilahirkan pandai dalam pelajaran, tapi aku tahu tahap kemampuanku, dan aku terokai kebolehanku. Walaubagaimanapun, keputusan di sekolahku masih dalam tahap memuaskan walau tidak selalu mendapat keputusan cemerlang, aku bersyukur kepada ALLAH S.W.T. Itulah usaha aku yang terdaya.

Aku masih teruskan kegiatan kepanduanku walaupun ketika aku berada dalam tingkatan dua, aku terlibat dalam satu kemalangan di sekolah semasa sukan sekolah dimana kaki kananku patah. Walaupun aku diberi cuti sakit selama 3 bulan sebelum aku meneruskan pelajaranku disekolah kerana aku tidak boleh naik ke kelas yang berada di tingkat tiga sekolahku. Demikian pula, aku tidak boleh berjalan dengan sempurna. Aku nekad untuk pergi ke sekolah setelah ayahku meminta bantuan dari sekolah untuk memindahkan kelasku ke bawah iaitu di makmal sains sekolahku. Pihak sekolah bersetuju untuk membantu. Aku bersyukur, walaupun dalam keadaan yang menyeksakan, aku masih boleh meneruskan pelajaranku.

3 bulan adalah satu jangka masa yang lama. Aku ke sekolah bertongkat dua. Aku mandi berduduk dengan kaki diangkat ke kerusi. Aku menaiki tangga di rumahku untuk ke bilikku menggunakan punggungku sehingga ke atas. Betapa susahnya, peritnya hidup dengan kecacatan. Aku menghitung hari demi hari untuk aku sembuh. Kesabaranku dan ketabahanku merubah aku menjadi lebih matang. Alhamdulillah 3 bulan pun berlalu.

Kegiatan kepanduanku terpaksa ku tangguhkan. Setahun berlalu, aku dikejutkan dengan satu khabar dimana aku dikesan mempunyai penyakit apendiks. Aku bersyukur kepada Allah kerana apendiks tersebut dikesan awal kerana pengesanan awal boleh mengurangkan kos rawatan dan risiko terhadap diriku. Aku terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang apendiks tersebut. Hari itu juga, aku dibedah. Pembedahan itu berjalan dengan sempurna. Aku sungguh bersyukur kerana ketika itu juga adalah musim cuti sekolah. Aku risau kalau tika itu adalah sekolah, kerana aku tentunya akan ketinggalan pelajaran. Tahun itu adalah tahun aku akan mengambil PMR. Sudah tentunya aku tidak ingin ketinggalan pelajaranku.  3 hari aku ditahan di hospital ditemani keluarga aku dan sahabat baikku Nurashimah Udin.

Kegiatan kepanduanku semakin suram kerana aku menumpukan perhatian dengan peperikasaan PMR akan menjelang.

Ketika kau berada di tingkatan 4, aku mulai aktif untuk mengejar impian aku. Dengan bantuan dari pembimbingku, mentorku, dan juga sebagai ibu ku, Cikgu Nurhayati Reduan, aku membuat semua ujian bagi melayakkan diri mendapat anugerah tertinggi tersebut. Pada ketika itu, anugerah tersebut dimataku kelihatan jelas, dan aku yakin aku akan mendapatkannya. Oleh itu, aku berusaha dengan gigih dan tanpa henti. Tahun itu, aku terlalu sibuk dengan kegiatan kepanduanku dan pelajaranku.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, perasaan untuk mendapat anugerah itu semakin aku rasa mustahil untuk aku kecapi, setelah aku berada separuh jalan, aku ingin berputus asa dan melepaslan saja impianku. Berkat sokongan dorongan dan nasihat dari guru-guru sekolah, pemimpin-pemimpin, keluarga dan rakan-rakan, tidak lupa juga kepada Pesuruhjaya Daerah Tawau, Pn. Hjh Samsiah serta orang-orang luar, aku meneruskan perjuanganku. Aku menasihati diri sendiri, motivate diri sendiri untuk meneruskannya. Walau aku terpaksa tidak tidur malam, pulang balik dari Bandar ke rumah, ke perpustakaan, ke rumah-rumah untuk mendapatkan maklumat. Malahan aku terpaksa ke pejabat pos, merayu mendapatkan setem bagi log Asia Pasifik. Aku juga mencari bantuan dari rakan-rakan di luar sekolah untuk mencari wang asing dan pelbagai lagi.

Wang barangkali dah masuk ribu aku keluarkan. Semua kesusahan yang aku hadapi walaupun kelihatan tidak berbaloi, bagiku, sungguh berbaloi. Huh, aku rasa dah panjang dah cerita aku ne kan. Huhu, okla kawan-kawan, aku akan teruskan cerita aku tentang hari aku dianugerahkan nanti k. I’ll appreciate if you leave a comment.. TQ..  Teruskan mendapat maklumat dari laman sesawang pandu puteri daerah tawau ne k.. Hopefully, ada yang terdetik nak dapatkan anugerah ini. Dan harap-harap lahirlah pandu puteri raja lagi beberapa tahun lepas ini.

Enjoy The Picture
Dinner di Kediaman Perdana Menteri at Sri Perdana dengan rakan-rakan dari Melaka, Johor dan Kedah
Add caption



Mencipta kenangan untuk segala usaha kami bersama

Senyuman Kejayaan, Kegembiraan jelas telakar di wajah kami semua.






WHEN THERE’S HARD WORK,
NEVER MINE,
KEEP ON TRYING, KEEP ON SMILLING,
THAT’S THE SPIRIT, SISTER MINE.
(Guidng Song, inspire me alot)

Izza Izzati Bt Labosa

Tuesday, March 15, 2011

part 2. LENCANA KECEKAPAN

PENJAGA KANAK-KANAK

Pra syarat:
i) Kanak-kanak yang di jaga hendaklah berumur antara tiga hingga lima tahun.
ii)  Calon hendaklah menunjukkan
  • sikap bertanggungjawab 
  •  taraf kebersihan yang tinggi 
  •  kasih sayang terhadap kanak-kanak di bawah jagaannya
  •  sifat amanah, dan
  • tutur kata yang sopan
iii) Ujian ini boleh diambil dalam dua bahagian dan Penguji berlainan boleh ditugaskan untuk menjalankan bahagian tertentu.
 iv) Pemegang Lencana Kecekapan ini mestilah bersedia dan berupaya menjaga kanak-kanak pada bila-bila masa dengan syarat seorang dewasa mudah dihubungi dalam masa kecemasan.

A. BAHAGIAN I

  1. Mengetahui tentang pakaian kanak-kanak
  2. mengetahui tentang makanan kanak-kanak
  3. Mengetahui tentang jenis permainan yang sesuai
  4. Merancang kegiatan sehari dengan mengambilkira rutin harian kanak-kanak
  5. Mengetahui cara mengelak dari berlakunya kemalangan yang melibatkan kanak-kanak di dalam dan di luar rumah
  6. Mengetahui dan boleh merawat luka dan mengambil suhu badan
  7. mengetahui cara menidurkan kanak-kanak
B. BAHAGIAN II
menjaga seorang kanak-kanak sel;ama setengah hari di bawah pengawasan Penguji. Penjagaan kanak-kanak meliputi :
  1. membersihkan kanak-kanak berkenaan
  2. menyediakan hidangan makanan untuk kanak-kanak
  3. menyediakan alatan permainan yang sesuai, mengawasi permainan dan turut mengambil bahagian jika dikehendaki kanak-kanak tersebut
  4. menyampaikan sebuah cerita yang sesuai


Thursday, March 10, 2011

LENCANA KECAKAPAN

JURU MASAK


A. Amali

  1. Calon dikehendaki membawa dan menunjukkan kepada penguji surat daripada ibunya yang menyatakan bahawa calon berkebolehan menyediakan dan menghidangkan hidangan makan malam atau tengah hari untuk empat orang ahli keluarga dan telah mengemaskan tempat makan serta membersihkan pinggan mangkuk selepas itu.
  2. Sediakan satu hidangan makan tengah hari yang seimbang, menggunakan paelbagai cara masakan dalam tempoh dua jam setengah untuk dua orang dengan menggunakan bahan-bahan yang berikut:-
    • ikan atau daging ayam
    • telur atau taukau atau taufu
    • sayur-sayuran
    • buah-buahan atau agar-agar
  3. Di tempat Ujian, sediakan minuman teh atau kopi dan hidangkan di atas dulang bagi minum petang untuk empat orang. Bersihkan semua pekakas yang digunakan di tempat ujian.
B. Teori
  1. Melalui perbincangan dengan Penguji, tunjukkan pengetahuan tentang bahan makanan, khasiatnya dan cara-cara menyimpan dan menggunakan bahan-bahan itu.
  2. terangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan di bilik dapur.




 PELAYAN TETAMU

A. Terangkan bagaimana melayan tetamu yang datang untuk situasi berikut

  1. bermalam di rumah : persiapan bilik, temapt makan, merancang menu, aturcara dan lain-lain.
  2. majlis kenduri atau jamuan : jemputan, persiapan tempat, menu, memperkenalkan para tetamu, aturcara dan lain-lain
B. Menulis surat atau membuat kad untuk:
  • memjemput tetamu ke majlis kenduri atau jamuan
  • memjemput seorang rakan untuk bermalam di rumah
  • menerima atau menolak jemputan rasmi
  • mengucapkan terima kasih
C. Melayan tiga orang tetamu, termasuk Penguji, di suatu Jamuan Teh atau Acara Pandu Puteri yang sesuai. Sediakan  minuman pagi atau petang dengan dua jenis hidangan manis dan pedas di atas meja atau dulang.

D Di tempat ujian, tunjukkan cara membungkus hadiah atau cenderamata untuk disampaikan kepada tetamu.













by
Eyra Tawau Girl Guide




Tuesday, March 8, 2011

Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia 

1919Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang
1921H.E. Lady Guillimard
1930H.E. Lady Clement
1947H.E. Lady Gent
1948H.E. Lady Gurney
1952Y.B. Toh Puan Lady Templer
1953H.E. Lady Mac Cilivary
1957Y.B. Datin Puteh Mariah binti Ibrahim Rashid
1962Y.B. Toh Puan Norashikin Ismail
1963Y.B. Toh Puan Rahah Razak
1977Y.B. Datin Suhaila Hussein
1981Y.A.B. Dato' Seri Dr Siti Hasmah bt Haji Mohd. Ali
2003Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Endon bt Mahmood
2007Y.A.Bhg Datin Seri Jeanne Abdullah
2009Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Monday, March 7, 2011

Camping SM Teknik Tawau

Congratulations!!!


TAHNIAH!!! kami mengucapkan tahniah kepada peserta perkemahan di SM Teknik Tawau yang berlangsung hujung minggu lepas iaitu 5 dan 6 mac 2011. camping ini telah berlanggsung selama 2 hari 1 malam di mana melalui program ini, peserta banyak mendapat pendedahan baru dan juga memberikan mereka inspirasi baru dlm diri mereka. saya mengharapkan mereka akan terus maju demi diri sendiri, sekolah dan juga masyarakat..
Kami jg mengucapkan beribuan terima kasih kepada pihak pengajur yang telah menjemput kami untuk menolong  para peserta ini dan kami dpt berkongsi pengalam kami bersama mereka. Kami harap program ini akan terus di laksanakan oleh pihak sekolah tidah kira di Daerah Tawau tetapi seluruh negara boleh membuat program seumpama ini kerana iya memberikan banyak manfaat kepada pelajar..

marilah kita lihat aktiviti yg telah mereka jalan kan...

sesi menyiyapkan tugasan
bz membuat keja
penyeramah jemputan tentang kompas
hiking dari SM Teknik ke Komplx Tawau
br saja sampai d last point
mendengar taklimat yg d berikan
kad kemajuan sentiasa ada sebagai rujukan
mencari maksud tanda mengesan yg d temui
rehat sebentar sebelum smbg hiking tuk pulang
penat tp tetap bule senyum lg
masakan rimba selepas pulang dari hiking
hari ke-2, pembentukan ladam kuda
Pesuruhjaya Daerah Tawau memberi ucapan
barisan pemimpin
gambar besama Pengetua SM Teknik Tawau


mengucapkan riabuan terima kasih atas kerjasama semua pihak terutama kepada Pengetua SMK Teknik Tawau yang telah memberi galakan kepada pelajar SMK Tenik TAwau untuk menjalankan aktiviti seumpama ini. Tidak lupa juga kepada guru-guru mahupun barisan pemimpin PPPM SM Teknik Tawau yg tidak lupa dan memberi peluang kapada kami untuk turut serta dalam camping ini.
Blogger Templates










Tuesday, March 1, 2011

SEJARAH

Sejarah Bermulanya Kepanduan Di Malaysia


1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya
1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang
1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak
1920an Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur
1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang
1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924
1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan
1925 Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.

Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.
1928 Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.
1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.
1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.
1937-1946 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.
1947 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya.
1948-1960 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.
1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan.
1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.
1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember.
1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963.
1967-1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.
1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.
1977-1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.
1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor.
1987-1996 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.
1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.
1998 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98.
1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.
2000 8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre.
Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.

Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian.

20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;
‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China)
2001 7-12 September – Kem Integrasi 2001:
Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.

Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand
2002 April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia.
2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).

Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat.

Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.

Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".
2005 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini.

Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.

16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.

16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.

17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.
2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:
Nama Lama Nama Baru
Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja
Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer
Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.

13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.

1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.

26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.

9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.

9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.

Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.
2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy.

19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara

1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9

3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.

6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.

7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM

6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM

9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri

25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia
2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah

6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011

17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom
Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru

Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Kepanduan dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus Membina Imej Kepanduan untuk Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan Jurulatih Tahunan, PPPM akan terus maju dalam usaha meningkatkan jumlah wanita muda menjadi pemimpin dan terlibat dalam aktiviti antarabangsa.

Blogger Templates
Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...