A. Amali
- Calon dikehendaki membawa dan menunjukkan kepada penguji surat daripada ibunya yang menyatakan bahawa calon berkebolehan menyediakan dan menghidangkan hidangan makan malam atau tengah hari untuk empat orang ahli keluarga dan telah mengemaskan tempat makan serta membersihkan pinggan mangkuk selepas itu.
- Sediakan satu hidangan makan tengah hari yang seimbang, menggunakan paelbagai cara masakan dalam tempoh dua jam setengah untuk dua orang dengan menggunakan bahan-bahan yang berikut:-
- ikan atau daging ayam
- telur atau taukau atau taufu
- sayur-sayuran
- buah-buahan atau agar-agar
- Di tempat Ujian, sediakan minuman teh atau kopi dan hidangkan di atas dulang bagi minum petang untuk empat orang. Bersihkan semua pekakas yang digunakan di tempat ujian.
B. Teori
- Melalui perbincangan dengan Penguji, tunjukkan pengetahuan tentang bahan makanan, khasiatnya dan cara-cara menyimpan dan menggunakan bahan-bahan itu.
- terangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan di bilik dapur.
A. Terangkan bagaimana melayan tetamu yang datang untuk situasi berikut
- bermalam di rumah : persiapan bilik, temapt makan, merancang menu, aturcara dan lain-lain.
- majlis kenduri atau jamuan : jemputan, persiapan tempat, menu, memperkenalkan para tetamu, aturcara dan lain-lain
B. Menulis surat atau membuat kad untuk:
- memjemput tetamu ke majlis kenduri atau jamuan
- memjemput seorang rakan untuk bermalam di rumah
- menerima atau menolak jemputan rasmi
- mengucapkan terima kasih
C. Melayan tiga orang tetamu, termasuk Penguji, di suatu Jamuan Teh atau Acara Pandu Puteri yang sesuai. Sediakan minuman pagi atau petang dengan dua jenis hidangan manis dan pedas di atas meja atau dulang.
D Di tempat ujian, tunjukkan cara membungkus hadiah atau cenderamata untuk disampaikan kepada tetamu.
by
Eyra Tawau Girl Guide
No comments:
Post a Comment