Salam buat pembaca,
Salam buat pengunjung laman ini,
Salam kepada rakan seperjuangan,
Kali ini, buat julung kalinya, aq nak kongsi pengalaman kepada semua pembaca mahupun rakan-rakan lain.
Namaku Izza Izzati Binti Labosa @ Ghazali, aku lahir pada 3 bulan November, tahun 1993. Aku lahir di tawau dan meniti kehidupanku hingga sekarang di bumi Tawau ini. Aku dari tadika hinggalah menengah bersekolah di St Patrick Tawau. Setia dengan sekolah tu… Aku adalah Pandu Puteri Raja Yang Pertama di Tawau tahun 2010 bersama dua rakan aku iaitu Izni Nur Afiqah dan Nur Ashimah Udin. Aku dulunya adalah seorang yang pemalu, takut, pendiam, penyendiri, perahsia.. tapi semua tu dulu.. Aku berubah kerana seseorang, aku berubah kerana sesuatu, aku berubah kerana aku mahu menjadi lebih baik dari yang dulu.. Ternyata sekarang aku mencapai matlamat hidupku yang satu itu…
Persatuan Pandu Puteri adalah sebuah persatuan yang merubah hidup anak gadis remaja selama 100 tahun lamanya. Nombor yang tercatat akan berterusan tahun demi tahun. Aku percaya sekarang kerana aku mengalaminya.. Renungan selama 10 minit sebelum ini membuat aku sedar, aku jauh berubah.. aku berubah lebih matang, berpendirian, bertanggungjawab, dan berdikari.
Okla, mula-mulanya masa aku tingkatan satu dulu di sekolah menengah st Patrick, tercetusnya perasaan inginkan sesuatu setelah mendengar cerita dan tawaran dari seorang pemimpin pandu puteri aku di sekolah itu.. Mula-mula tu, saja-saja aku nak join.. Semakin lama, semakin aku seronok mengikuti setiap aktiviti. Oleh kerana semakin berputiknya Minat kepada kepanduan, semakin cepat membentuk corak didalam diriku yang semakin sukar dipadam. Mungkin korang bosan kan dengar cita aku.. Well, aku Cuma abadikan cerita ne kepada yang berminat saja, so if korang nak continue juga baca, dipersilakanla baca yang seterusnya, if tak, dialu-alukan untuk keluar dari page ne k..
Ya, itulah yang aku kejar-kejarkan dalam masa 5 tahun sebelum ne. Aku Cuma boleh bercerita dari pengalaman, dan kongsikan pengalaman itu kepada semua. Cerita itu, takkan sama seperti apa yang berlaku sebenarnya. Setiap manusia ditakdirkan kejayaan buat dirinya.. Tetapi pembaca sekalian jangan lupa akan setiap kejayaan pasti ada kegagalan, setiap kegagalan pasti ada hikmahnya. Perjalanan menempuh kejayaan itu penuh dengan liku cabaran, dugaan dan kebahagiaan.
“Seseorang dengan tujuan yang jelas, pasti akan meraih kejayaan, walau melalui jalan yang berliku, penuh onak dan badai.”
‘Seseorang yang tanpa tujuan, pasti akan menempuh kegagalan, walau melalui jalann yang mudah dan lurus.”
Berikut adalah kata-kata yang hidup bersama kejayaan yang aku kecapi ini.
Dalam aku berusaha untuk melayakkan diri tercalon untuk menerima anugerah tertinggi dalam Persatuan Pandu Puteri Raja ini, aku belajar untuk urus jadual aku untuk seimbangkan dengan pelajaran aku. Aku sedar aku bukan dilahirkan pandai dalam pelajaran, tapi aku tahu tahap kemampuanku, dan aku terokai kebolehanku. Walaubagaimanapun, keputusan di sekolahku masih dalam tahap memuaskan walau tidak selalu mendapat keputusan cemerlang, aku bersyukur kepada ALLAH S.W.T. Itulah usaha aku yang terdaya.
Aku masih teruskan kegiatan kepanduanku walaupun ketika aku berada dalam tingkatan dua, aku terlibat dalam satu kemalangan di sekolah semasa sukan sekolah dimana kaki kananku patah. Walaupun aku diberi cuti sakit selama 3 bulan sebelum aku meneruskan pelajaranku disekolah kerana aku tidak boleh naik ke kelas yang berada di tingkat tiga sekolahku. Demikian pula, aku tidak boleh berjalan dengan sempurna. Aku nekad untuk pergi ke sekolah setelah ayahku meminta bantuan dari sekolah untuk memindahkan kelasku ke bawah iaitu di makmal sains sekolahku. Pihak sekolah bersetuju untuk membantu. Aku bersyukur, walaupun dalam keadaan yang menyeksakan, aku masih boleh meneruskan pelajaranku.
3 bulan adalah satu jangka masa yang lama. Aku ke sekolah bertongkat dua. Aku mandi berduduk dengan kaki diangkat ke kerusi. Aku menaiki tangga di rumahku untuk ke bilikku menggunakan punggungku sehingga ke atas. Betapa susahnya, peritnya hidup dengan kecacatan. Aku menghitung hari demi hari untuk aku sembuh. Kesabaranku dan ketabahanku merubah aku menjadi lebih matang. Alhamdulillah 3 bulan pun berlalu.
Kegiatan kepanduanku terpaksa ku tangguhkan. Setahun berlalu, aku dikejutkan dengan satu khabar dimana aku dikesan mempunyai penyakit apendiks. Aku bersyukur kepada Allah kerana apendiks tersebut dikesan awal kerana pengesanan awal boleh mengurangkan kos rawatan dan risiko terhadap diriku. Aku terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang apendiks tersebut. Hari itu juga, aku dibedah. Pembedahan itu berjalan dengan sempurna. Aku sungguh bersyukur kerana ketika itu juga adalah musim cuti sekolah. Aku risau kalau tika itu adalah sekolah, kerana aku tentunya akan ketinggalan pelajaran. Tahun itu adalah tahun aku akan mengambil PMR. Sudah tentunya aku tidak ingin ketinggalan pelajaranku. 3 hari aku ditahan di hospital ditemani keluarga aku dan sahabat baikku Nurashimah Udin.
Kegiatan kepanduanku semakin suram kerana aku menumpukan perhatian dengan peperikasaan PMR akan menjelang.
Ketika kau berada di tingkatan 4, aku mulai aktif untuk mengejar impian aku. Dengan bantuan dari pembimbingku, mentorku, dan juga sebagai ibu ku, Cikgu Nurhayati Reduan, aku membuat semua ujian bagi melayakkan diri mendapat anugerah tertinggi tersebut. Pada ketika itu, anugerah tersebut dimataku kelihatan jelas, dan aku yakin aku akan mendapatkannya. Oleh itu, aku berusaha dengan gigih dan tanpa henti. Tahun itu, aku terlalu sibuk dengan kegiatan kepanduanku dan pelajaranku.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, perasaan untuk mendapat anugerah itu semakin aku rasa mustahil untuk aku kecapi, setelah aku berada separuh jalan, aku ingin berputus asa dan melepaslan saja impianku. Berkat sokongan dorongan dan nasihat dari guru-guru sekolah, pemimpin-pemimpin, keluarga dan rakan-rakan, tidak lupa juga kepada Pesuruhjaya Daerah Tawau, Pn. Hjh Samsiah serta orang-orang luar, aku meneruskan perjuanganku. Aku menasihati diri sendiri, motivate diri sendiri untuk meneruskannya. Walau aku terpaksa tidak tidur malam, pulang balik dari Bandar ke rumah, ke perpustakaan, ke rumah-rumah untuk mendapatkan maklumat. Malahan aku terpaksa ke pejabat pos, merayu mendapatkan setem bagi log Asia Pasifik. Aku juga mencari bantuan dari rakan-rakan di luar sekolah untuk mencari wang asing dan pelbagai lagi.
Wang barangkali dah masuk ribu aku keluarkan. Semua kesusahan yang aku hadapi walaupun kelihatan tidak berbaloi, bagiku, sungguh berbaloi. Huh, aku rasa dah panjang dah cerita aku ne kan. Huhu, okla kawan-kawan, aku akan teruskan cerita aku tentang hari aku dianugerahkan nanti k. I’ll appreciate if you leave a comment.. TQ.. Teruskan mendapat maklumat dari laman sesawang pandu puteri daerah tawau ne k.. Hopefully, ada yang terdetik nak dapatkan anugerah ini. Dan harap-harap lahirlah pandu puteri raja lagi beberapa tahun lepas ini.
Enjoy The Picture
![]() |
Dinner di Kediaman Perdana Menteri at Sri Perdana dengan rakan-rakan dari Melaka, Johor dan Kedah |
![]() |
Add caption |
![]() |
Mencipta kenangan untuk segala usaha kami bersama |
![]() |
Senyuman Kejayaan, Kegembiraan jelas telakar di wajah kami semua. |
WHEN THERE’S HARD WORK,
NEVER MINE,
KEEP ON TRYING, KEEP ON SMILLING,
THAT’S THE SPIRIT, SISTER MINE.
(Guidng Song, inspire me alot)
Izza Izzati Bt Labosa
No comments:
Post a Comment