Kategori | Keahlian setiap Pasukan / Guild | Umur | Bahagian | Tempat Penubuhan / Nota | Ahli Aktif / Tidak Aktif | ||
Minimum | Maksimum | ||||||
Pasukan | 12 | 36 | Di bawah 6 tahun | Pandu Puteri Kelip-Kelip | Pra-sekolah | Ahli Aktif | |
12 | 36 | 6 – 12 | Pandu Puteri Tunas | Sekolah Rendah | |||
16 | 36 | 12 – 15 | Pandu Puteri Remaja | Sekolah Menengah Rendah | |||
08 | 36 | 15 – 18 | Pandu Puteri Renjer | Sekolah Menengah Atas | |||
08 | 50 | 18 ke atas | Pandu Puteri Kadet | Institut Perguruan | |||
08 | 50 | 18 ke atas | Pandu Puteri Siswi | Institut Pengajian Tinggi | |||
08 | 50 | 18 ke atas | Pandu Puteri Dewasa | Taman Perumahan, Tempat Kerja, Daerah, Negeri, Kebangsaan | |||
18 ke atas | Penolong Pemimpin | ||||||
21 ke atas | Pemimpin | ||||||
24 ke atas | Bakal Jurulatih | ||||||
24 ke atas | Jurulatih | ||||||
24 ke atas | Pesuruhjaya | ||||||
Guild | Bebas | 18 ke atas | Guild Trefoil | Bekas ahli Pandu Puteri | |||
Bebas | 18 ke atas | Pandu Puteri Raja | Untuk Pandu Puteri Raja | ||||
Bebas | 18 ke atas | Mantan Ketua Pesuruhjaya | Untuk mantan Ketua Pesuruhjaya, Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, Ketua Pesuruhjaya Cawangan | ||||
Pasukan | 08 | 50 | 18 ke atas | Sahabat Pandu Puteri | Wanita berumur 18 tahun ke atas | Ahli Tidak Aktif | |
08 | 50 | 18 ke atas | Sukarelawan Pandu Puteri | Lelaki & wanita berumur 18 tahun ke atas |
Tuesday, June 14, 2011
Kategori Keahlian
(Mengikut Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 9 Jun 2006)
SEMANGAT KESUKARELAAN HARUS DISEMAI KE DALAM DIRI GENERASI MUDA
TAWAU: Semangat kesukarelaan harus disemai ke dalam diri generasi muda sejak mereka masih di bangku sekolah, kata Pembantu Menteri Kewangan Datuk Tawfiq Datuk SP Abu Bakar Titingan.
Katanya, penyertaan ke dalam persatuan-persatuan beruniform adalah antara cara terbaik bagi menyemai semangat itu selain memupuk nilai-nilai positif yang lain.
“Dengan menyertai persatuan beruniform, anak-anak kita turut dapat dibentuk menjadi insan yang berdisiplin, berdaya saing serta mempunyai daya kepimpinan,” katanya.
Menurutnya, kesemua nilai positif tersebut tidak dapat diterapkan secara terus melalui kelas-kelas pengajian, melainkan menerusi aktiviti-aktiviti luar kelas yang berfaedah dan sistematik.
Beliau berkata berkata demikian ketika merasmikan Program Kem Tunas Puteri SK Bandar 2, di Kompleks Sukan Tawau, di sini.
Ketika berucap, beliau turut menyeru golongan ibu bapa supaya menyokong penglibatan anak-anak mereka ke dalam aktiviti-aktiviti luar kelas anjuran pihak sekolah.
Sokongan dan kepercayaan mereka jelasnya, tidak harus hanya diberikan kepada anak-anak malah kepada guru pembimbing yang bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka.
“Kita berharap melalui aktiviti-aktiviti sebegini, anak-anak kita dapat dibentuk menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan,” katanya.
Menyentuh program itu, beliau memuji SK Bandar 2 kerana berjaya menganjurkan program terbabit.
Turut hadir ialah Pesurujaya Pandu Puteri Daerah Tawau, Shamsiah Bahrun.
Persatuan Pandu Puteri Tunas Sk. Bandar Tawau II
ini video tahn lalu 2010
Pandu Puteri perlu proaktif
TAWAU 28 Feb. - Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) perlu bertindak proaktif dengan menjadi pelopor dalam proses pembangunan dan perkembangan potensi gadis-gadis remaja di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, dalam melahirkan remaja yang berkualiti persatuan itu perlu bergerak seiring dengan perkembangan semasa.
"Berdasarkan peredaran zaman sudah tentunya keadaan psikologi dan pertumbuhan minda para remaja perempuan sudah jauh berbeza berbanding masa lalu.
"Jadi program dan aktiviti Pandu Puteri juga perlu dirancang supaya selaras dengan perubahan yang berlaku agar dapat membantu remaja menggalas tanggungjawab bagi mencapai matlamat persatuan Pandu Puteri dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Peringatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Sabah di Padang Perbandaran Tawau di sini hari ini.
Turut hadir Pesuruhjaya PPPM Tawau, Shamsiah Bahrom dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau, Md. Syaiful Foo.
Menurutnya, sejak ditubuhkan Pandu Puteri telah memberikan sumbangan besar dalam mengukuhkan perpaduan nasional dan mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera.
Justeru katanya, peranan persatuan itu perlu diperkembang dan diperhebatkan lagi dari semasa ke semasa.
"Sejak awal penubuhan, Persatuan Pandu Puteri menjadi wadah untuk pertemuan dan kegiatan wanita dan anak-anak gadis dari semua keturunan yang menjadi anggota masyarakat negara kita ini," katanya.
Dalam pada itu Hamisa meminta persatuan itu mengadakan aktiviti yang mampu menyerlahkan peranannya dalam masyarakat.
Justeru katanya, pemimpin Pandu Puteri perlu memikirkan secara serius aktiviti dan rancangan persatuan itu dari semasa ke semasa.
"Para pemimpin Pandu Puteri juga perlu lebih berani dalam menyahut cabaran untuk terus kekal sebagai pertubuhan yang disegani dan berwawasan.
"Adalah menjadi harapan saya agar dalam merancang aktiviti untuk 2011 dan tahun-tahun seterusnya, persatuan dapat memperluaskan aktiviti hingga ke peringkat global," ujarnya
kenali renjer puteri
Kronologi Penubuhan Pasukan Renjer Puteri
Pada tahun 1916, pasukan Kadet untuk Pandu Puteri yang telah melebihi umur ditubuhkan di England. Kemudian pada tahun 1920, Lady Baden-Powell mencadangkan pasukan ini diberi nama panggilan Renjer. Ketua Renjer Laut (Sea Ranger) yang pertama ialah Dame Katherine Furse. Empat tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1924, pasukan Renjer yang pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaya.
Ahli Pandu Puteri Renjer
Pandu Puteri Renjer terdiri daripada seorang gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer.
Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer.
Unit Pandu Puteri Renjer
Jumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8) orang dan maksimum ialah 36 orang. Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer sebaik-baiknya diadakan sekali seminggu. Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik seorang Ketua Pasukan sebagai saluran perhubungan antara Pemimpin dengan semua Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan Pandu Puteri Renjernya.
Persetiaan Pandu Puteri
Sama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer juga mempunyai cogan kata yang berbunyi 'Selalu Sedia - Terus Berkhidmat'. Mereka juga harus berpegang teguh kepada Persetiaan Pandu Puteri yang telah ditetapkan iaitu:-
"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa, dan, Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri."
Undang-Undang Pandu Puteri
Maklumat ini adalah sebagai panduan kepada Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat berusaha mendapat Anugerah Ketua Pesuruhjaya, untuk melayakkan diri menjadi calon Anugerah Pandu Puteri Raja.
Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat menjadi calon BAKP hendaklah mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati daripada Ketua Pesuruhjaya Cawangan masing-masing, atau terus dari Ibu Pajabat Kebangsaan. Borang Permohonan yang telah diisikan hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pemimpin, Pesuruhjaya dan Ketua Pesuruhjaya Negeri masing-masing.
Anugerah Ketua Pesuruhjaya
Rasional
Senarai Semak Pengisian Buku Log Calon
Nama Calon:

- Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai.
- Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia.
- Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain.
- Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Renjer yang lain.
- Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun.
- Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar.
- Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah.
- Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan.
- Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat.
- Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
- Blaus hijau muda berlogo lengan panjang
- Skaf biru tua
- Woggle
- Flashes bahu
- Lambang Negeri
- Lencana Dunia
- Lencana Pelantikan Pandu Puteri
- Seluar panjang biru tua
- Stoking hitam
- Kasut hitam
Maklumat ini adalah sebagai panduan kepada Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat berusaha mendapat Anugerah Ketua Pesuruhjaya, untuk melayakkan diri menjadi calon Anugerah Pandu Puteri Raja.
Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat menjadi calon BAKP hendaklah mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati daripada Ketua Pesuruhjaya Cawangan masing-masing, atau terus dari Ibu Pajabat Kebangsaan. Borang Permohonan yang telah diisikan hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pemimpin, Pesuruhjaya dan Ketua Pesuruhjaya Negeri masing-masing.
Anugerah Ketua Pesuruhjaya
Rasional
- Satu galakan kepada ahli remaja untuk melayakkan diri menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya
- Satu penghargaan kepada ahli remaja yang berkualiti
- Satu usaha mengukuhkan iltizam dalam Pandu Puteri
- Mempunyai Tali Perkelilingan
- Mempunyai Permit Perkhemahan atau Lambang Krafkayu
- Mempunyai Bintang Renjer Puteri 1
- Menganuti satu agama atau kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama atau kepercayaan dan menghadiri perhimpunan / majlis keagamaan
- Menghantar borang permohonan yang perlu sampai di Ibu Pejabat Kebangsaan tiga (3) bulan sebelum calon meningkat umur 17 tahun
- Menghadiri Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya dengan jayanya
- BENGKEL ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA (BAKP) merupakan peluang peserta menggunakan pengetahuan Pandu Puteri dan pengetahuan am, khasnya dalam perkara-perkara berikut:
- Sistem dan struktur Pandu Puteri
- Pasukan sendiri, Daerah, Cawangan, Kebangsaan, dan Antarabangsa - Sistem dan struktur Kerajaan Malaysia
- Pembangunan, Pendidikan, Perindustrian - Warisan dan adat resam masyarakat Malaysia
- Sistem dan struktur Pandu Puteri
- BAKP merupakan peluang peserta membuktikan pengalaman Pandu Puteri masing-masing menerusi penyimpanan Buku Log dan melaksanakan beberapa CABARAN yang telah ditetapkan.
- Kandungan dan corak BAKP akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Anugerah Ketua Pesuruhjaya, Ibu Pejabat Kebangsaan, dan diluluskan oleh Ketua Pesuruhjaya.
- BAKP akan diadakan pada penghujung minggu sepanjang tahun atas permohonan calon, yang dibuat melalui Pesuruhjaya Cawangan.
- BAKP akan dikelolakan oleh Penguji yang dilantik bersama oleh Cawangan Persatuan Pandu Puteri berkenaan dan Ibu Pejabat kebangsaan.
- 6. BAKP akan digunakan oleh Cawangan Persatuan Pandu Puteri dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk mengenal pasti dam membimbing bakal calon PANDU PUTERI RAJA.
- Prosidur permohonan:
- Bakal peserta menjalani Program Pandu Puteri dan telah lulus Ujian Kelas Dua dan Kelas Satu:
- Telah lulus Ujian Tali Perkelilingan;
- Telah memperoleh Bintang Puteri Satu dan sedang berusaha untuk mendapat pelbagai Lencana Kecekapan lain;
- Telah memperoleh Permit Perkhemahan ATAU Lambang Kraf Kayu
- Berumur antara 15 hingga 17 tahun
- Telah mengemaskinikan semua Buku Log yang disyaratkan.
- Bakal peserta mengisi BORANG PERMOHONAN MENYERTAI BENGKEL ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA dan menghantar borang berkenaan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pemimpin, Pesuruhjaya Daerah, dan Pesuruhjaya Cawangan.
- Peserta mengambil bahagian cergas dalam BENGKEL ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA.
- Peserta menerima keputusan LULUS atau GAGAL tanpa bantahan.
- Bakal peserta menjalani Program Pandu Puteri dan telah lulus Ujian Kelas Dua dan Kelas Satu:
Senarai Semak Pengisian Buku Log Calon
Nama Calon:
A. Butiran | B. Ciri | C. Prinsip |
• Siapa • Bila • tarikh & tempoh • mengapa • apa • bagaimana • penilaian • rumusan & keputusan • penyemakan & perakuan • pengakuan | Kemas • usaha berterusan • perkembangan & kemajuan • pelbagai ruang: - sijil - perakuan - Ringkasan tahunan - dsb | • Bentuk • Kandungan • Lampiran |
Contoh Cabaran BAKP 2002
Cabaran 1:
Menulis Satu Makalah Bertajuk : “A Day In My Life” Dalam Bahasa Malaysia Atau Bahasa Inggeris (Kerja Individu)
Cabaran 2:
Khidmat Pandu Puteri (Kerja Berkumpulan)
Cabaran 3:
Cadangan Khidmat Masyarakat Yang Akan Dijalankan Untuk Ujian Pandu Puteri Raja Bengkel Selalu Sedia 2002 (Kerja Individu, Dan Penilaian Oleh Rakan Sebaya)
Cabaran 4:
Membentangkan Cadangan Meningkatkan Program dan/atau Aktiviti Pandu Puteri (Kerja Berkumpulan)
Garis Panduan Menyediakan Calon Pandu Puteri Raja

- BUKU LOG
- Peribadi
- Biodata calon
- Rekod penglibatan diri dalam perkhidmatan atau aktiviti Pandu Puteri di peringkat pasukan, sekolah, daerah.
- Acara Panduk Puteri yang istimewa pernah dihadiri di peringkat caawngan, kebangsaan atau antarabangsa.
- Program Pandu Puteri Remaja
- Ujian Pra Persetiaan
- Ujian-ujian Kelas Dua termasuk lencana-lencana untuk Lambang Rumah Kecil
- Kelulusan Tali Pekelilingan (jika layak) semasa menjalankan Ujian Kelas Dua (memenuhi syarat umur)
- Program Pandu Puteri Renjer
- Ujian Pra Pelantikan
- Ujian-ujian Kelas Satu (termasuk khidmat)
- Lencana-lencana untuk Bintang Puteri I, II dan III
- Buku Skrap Skim Berdikari
- Buku Log Permit Perkhemahan atau Lambang Kraf Kayu
- Peribadi
- LAPORAN
1. Khidmat Masyarakat selama tiga (3) bulan
2. Tugasan Khas yang ditetapkan
CATATAN:
Laporan untuk setiap ujian lencana kecekapan yang telah diambil seharusnya disertakan dengan langkah-langkah melakukannya mengikut syarat-syarat dalam huraian Lencana Kecekapan.
Cara penyediaan Buku Log diserahkan kepada kreativiti calon. Bahan fotostat yang disalin terus dari buku teks tidak digalakkan.
Pastikan bahan yang dihasilkan dengan menggunakan komputer adalah usaha calon yang diolahkan sendiri.
- CABARAN
Calon Pandu Puteri Raja harus bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang berikut:-- Ilmu dan kemahiran Pandu Puteri seperti Kawat dan istiadat, Simpulan dan ikatan
- Situasi masa kecemasan
- Pengetahuan dan kemahiran tentang perkhemahan
- Permainan Pandu Puteri yang mencabar dan matang
- Permainan Luas dan Kraf Kayu (Woodcraft)
- Mampu mengelolakan sesuatu acara atau majlis rasmi
- Berpengetahuan tentang sebarang isu semasa termasuk berita Pandu Puteri tempatan atau dunia
- Berkebolehan membuat kraftangan yang menunjukkan kemahiran dan daya kreativiti sendiri
- Menunjukkan kemahiran dan kepandaian mencipta dengan serta merta
- Mengamalkan pengurusan kerja secara sukarela dan berperaturan mengikut sistem kumpulan
- Kebolehan berucap secara spontan
- IMEJ KENDIRI
- Calon Pandu Puteri Raja dianggap mempunyai pakaian seragam yang lengkap, betul dan sesuai mengikut aktiviti rasmi atau tidak rasmi yang sedang diikutinya. Teguran mengenai pakaian seragam tidak seharusnya berlaku tetapi akan diambil kira dalam penilaian keseluruhan. Memahami dan mengamalkan etika sosial yang sesuai.
- Mempunyai keyakinan diri.
- Menunjukkan sifat-sifat kepimpinan.
- Bersedia bekerjasama, hormat menghormati, bertolak ansur, cergas dan cekap.
Subscribe to:
Posts (Atom)