Tuesday, June 14, 2011

Kategori Keahlian

(Mengikut Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 9 Jun 2006)
Kategori
Keahlian setiap Pasukan / GuildUmurBahagianTempat Penubuhan / NotaAhli Aktif / Tidak Aktif
MinimumMaksimum
Pasukan1236Di bawah 6 tahunPandu Puteri Kelip-KelipPra-sekolahAhli Aktif
12366 – 12Pandu Puteri TunasSekolah Rendah
163612 – 15Pandu Puteri RemajaSekolah Menengah Rendah
083615 – 18Pandu Puteri RenjerSekolah Menengah Atas
085018 ke atasPandu Puteri KadetInstitut Perguruan
085018 ke atasPandu Puteri SiswiInstitut Pengajian Tinggi
085018 ke atasPandu Puteri DewasaTaman Perumahan, Tempat Kerja, Daerah, Negeri, Kebangsaan
  18 ke atasPenolong Pemimpin
21 ke atasPemimpin
24 ke atasBakal Jurulatih
24 ke atasJurulatih
24 ke atasPesuruhjaya
GuildBebas18 ke atasGuild TrefoilBekas ahli Pandu Puteri
Bebas18 ke atasPandu Puteri RajaUntuk Pandu Puteri Raja
Bebas18 ke atasMantan Ketua PesuruhjayaUntuk mantan Ketua Pesuruhjaya, Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, Ketua Pesuruhjaya Cawangan
Pasukan085018 ke atasSahabat Pandu PuteriWanita berumur 18 tahun ke atasAhli Tidak Aktif
085018 ke atasSukarelawan Pandu PuteriLelaki & wanita berumur 18 tahun ke atas

SEMANGAT KESUKARELAAN HARUS DISEMAI KE DALAM DIRI GENERASI MUDA



TAWAU: Semangat kesukarelaan harus disemai ke dalam diri generasi muda sejak mereka masih di bangku sekolah, kata Pembantu Menteri Kewangan Datuk Tawfiq Datuk SP Abu Bakar Titingan.
Katanya, penyertaan ke dalam persatuan-persatuan beruniform adalah antara cara terbaik bagi menyemai semangat itu selain memupuk nilai-nilai positif yang lain.
“Dengan menyertai persatuan beruniform, anak-anak kita turut dapat dibentuk menjadi insan yang berdisiplin, berdaya saing serta mempunyai daya kepimpinan,” katanya.
Menurutnya, kesemua nilai positif tersebut tidak dapat diterapkan secara terus melalui kelas-kelas pengajian, melainkan menerusi aktiviti-aktiviti luar kelas yang berfaedah dan sistematik.
Beliau berkata berkata demikian ketika merasmikan Program Kem Tunas Puteri SK Bandar 2, di Kompleks Sukan Tawau, di sini.
Ketika berucap, beliau turut menyeru golongan ibu bapa supaya menyokong penglibatan anak-anak mereka ke dalam aktiviti-aktiviti luar kelas anjuran pihak sekolah.
Sokongan dan kepercayaan mereka jelasnya, tidak harus hanya diberikan kepada anak-anak malah kepada guru pembimbing yang bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka.
“Kita berharap melalui aktiviti-aktiviti sebegini, anak-anak kita dapat dibentuk menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan,” katanya.
Menyentuh program itu, beliau memuji SK Bandar 2 kerana berjaya menganjurkan program terbabit.
Turut hadir ialah Pesurujaya Pandu Puteri Daerah Tawau, Shamsiah Bahrun.

Persatuan Pandu Puteri Tunas Sk. Bandar Tawau II

ini video tahn lalu 2010

Pandu Puteri perlu proaktif

TAWAU 28 Feb. - Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) perlu bertindak proaktif dengan menjadi pelopor dalam proses pembangunan dan perkembangan potensi gadis-gadis remaja di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, dalam melahirkan remaja yang berkualiti persatuan itu perlu bergerak seiring dengan perkembangan semasa.
"Berdasarkan peredaran zaman sudah tentunya keadaan psikologi dan pertumbuhan minda para remaja perempuan sudah jauh berbeza berbanding masa lalu.
"Jadi program dan aktiviti Pandu Puteri juga perlu dirancang supaya selaras dengan perubahan yang berlaku agar dapat membantu remaja menggalas tanggungjawab bagi mencapai matlamat persatuan Pandu Puteri dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Peringatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Sabah di Padang Perbandaran Tawau di sini hari ini.
Turut hadir Pesuruhjaya PPPM Tawau, Shamsiah Bahrom dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau, Md. Syaiful Foo.
Menurutnya, sejak ditubuhkan Pandu Puteri telah memberikan sumbangan besar dalam mengukuhkan perpaduan nasional dan mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera.
Justeru katanya, peranan persatuan itu perlu diperkembang dan diperhebatkan lagi dari semasa ke semasa.
"Sejak awal penubuhan, Persatuan Pandu Puteri menjadi wadah untuk pertemuan dan kegiatan wanita dan anak-anak gadis dari semua keturunan yang menjadi anggota masyarakat negara kita ini," katanya.
Dalam pada itu Hamisa meminta persatuan itu mengadakan aktiviti yang mampu menyerlahkan peranannya dalam masyarakat.
Justeru katanya, pemimpin Pandu Puteri perlu memikirkan secara serius aktiviti dan rancangan persatuan itu dari semasa ke semasa.
"Para pemimpin Pandu Puteri juga perlu lebih berani dalam menyahut cabaran untuk terus kekal sebagai pertubuhan yang disegani dan berwawasan.
"Adalah menjadi harapan saya agar dalam merancang aktiviti untuk 2011 dan tahun-tahun seterusnya, persatuan dapat memperluaskan aktiviti hingga ke peringkat global," ujarnya



kenali renjer puteri

Kronologi Penubuhan Pasukan Renjer Puteri
Pada tahun 1916, pasukan Kadet untuk Pandu Puteri yang telah melebihi umur ditubuhkan di England. Kemudian pada tahun 1920, Lady Baden-Powell mencadangkan pasukan ini diberi nama panggilan Renjer. Ketua Renjer Laut (Sea Ranger) yang pertama ialah Dame Katherine Furse. Empat tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1924, pasukan Renjer yang pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaya.

Ahli Pandu Puteri Renjer

Pandu Puteri Renjer terdiri daripada seorang gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer.

Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer.

Unit Pandu Puteri Renjer
Jumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8) orang dan maksimum ialah 36 orang. Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer sebaik-baiknya diadakan sekali seminggu. Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik seorang Ketua Pasukan sebagai saluran perhubungan antara Pemimpin dengan semua Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan Pandu Puteri Renjernya.

Persetiaan Pandu Puteri
Sama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer juga mempunyai cogan kata yang berbunyi 'Selalu Sedia - Terus Berkhidmat'. Mereka juga harus berpegang teguh kepada Persetiaan Pandu Puteri yang telah ditetapkan iaitu:-

"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa, dan, Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri."

Undang-Undang Pandu Puteri
  1. Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai.
  2. Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia.
  3. Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain.
  4. Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Renjer yang lain.
  5. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun.
  6. Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar.
  7. Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah.
  8. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan.
  9. Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat.
  10. Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Pakaian Pandu Puteri Renjer
  1. Blaus hijau muda berlogo lengan panjang
  2. Skaf biru tua
  3. Woggle
  4. Flashes bahu
  5. Lambang Negeri
  6. Lencana Dunia
  7. Lencana Pelantikan Pandu Puteri
  8. Seluar panjang biru tua
  9. Stoking hitam
  10. Kasut hitam
Maklumat Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya (BAKP)

Maklumat ini adalah sebagai panduan kepada Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat berusaha mendapat Anugerah Ketua Pesuruhjaya, untuk melayakkan diri menjadi calon Anugerah Pandu Puteri Raja.

Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat menjadi calon BAKP hendaklah mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati daripada Ketua Pesuruhjaya Cawangan masing-masing, atau terus dari Ibu Pajabat Kebangsaan. Borang Permohonan yang telah diisikan hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pemimpin, Pesuruhjaya dan Ketua Pesuruhjaya Negeri masing-masing.

Anugerah Ketua Pesuruhjaya
Rasional
  1. Satu galakan kepada ahli remaja untuk melayakkan diri menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya
  2. Satu penghargaan kepada ahli remaja yang berkualiti
  3. Satu usaha mengukuhkan iltizam dalam Pandu Puteri
Pra-Syarat
  1. Mempunyai Tali Perkelilingan
  2. Mempunyai Permit Perkhemahan atau Lambang Krafkayu
  3. Mempunyai Bintang Renjer Puteri 1
  4. Menganuti satu agama atau kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama atau kepercayaan dan menghadiri perhimpunan / majlis keagamaan
  5. Menghantar borang permohonan yang perlu sampai di Ibu Pejabat Kebangsaan tiga (3) bulan sebelum calon meningkat umur 17 tahun
  6. Menghadiri Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya dengan jayanya
Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya
  1. BENGKEL ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA (BAKP) merupakan peluang peserta menggunakan pengetahuan Pandu Puteri dan pengetahuan am, khasnya dalam perkara-perkara berikut:
    • Sistem dan struktur Pandu Puteri
      - Pasukan sendiri, Daerah, Cawangan, Kebangsaan, dan Antarabangsa
    • Sistem dan struktur Kerajaan Malaysia
      - Pembangunan, Pendidikan, Perindustrian
    • Warisan dan adat resam masyarakat Malaysia
       
  2. BAKP merupakan peluang peserta membuktikan pengalaman Pandu Puteri masing-masing menerusi penyimpanan Buku Log dan melaksanakan beberapa CABARAN yang telah ditetapkan.
  3. Kandungan dan corak BAKP akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Anugerah Ketua Pesuruhjaya, Ibu Pejabat Kebangsaan, dan diluluskan oleh Ketua Pesuruhjaya.
  4. BAKP akan diadakan pada penghujung minggu sepanjang tahun atas permohonan calon, yang dibuat melalui Pesuruhjaya Cawangan.
  5. BAKP akan dikelolakan oleh Penguji yang dilantik bersama oleh Cawangan Persatuan Pandu Puteri berkenaan dan Ibu Pejabat kebangsaan.
  6. 6. BAKP akan digunakan oleh Cawangan Persatuan Pandu Puteri dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk mengenal pasti dam membimbing bakal calon PANDU PUTERI RAJA.
  7. Prosidur permohonan:
    1. Bakal peserta menjalani Program Pandu Puteri dan telah lulus Ujian Kelas Dua dan Kelas Satu:
      • Telah lulus Ujian Tali Perkelilingan;
      • Telah memperoleh Bintang Puteri Satu dan sedang berusaha untuk mendapat pelbagai Lencana Kecekapan lain;
      • Telah memperoleh Permit Perkhemahan ATAU Lambang Kraf Kayu
      • Berumur antara 15 hingga 17 tahun
      • Telah mengemaskinikan semua Buku Log yang disyaratkan.
    2. Bakal peserta mengisi BORANG PERMOHONAN MENYERTAI BENGKEL ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA dan menghantar borang berkenaan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pemimpin, Pesuruhjaya Daerah, dan Pesuruhjaya Cawangan.
    3. Peserta mengambil bahagian cergas dalam BENGKEL ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA.
    4. Peserta menerima keputusan LULUS atau GAGAL tanpa bantahan.


Senarai Semak Pengisian Buku Log Calon
Nama Calon:
A. Butiran B. Ciri C. Prinsip
Siapa
• Bila
• tarikh & tempoh
• mengapa
• apa
• bagaimana
• penilaian
• rumusan & keputusan
• penyemakan & perakuan
• pengakuan
 Kemas
• usaha berterusan
• perkembangan & kemajuan
• pelbagai ruang:
- sijil
- perakuan
- Ringkasan tahunan
- dsb
• Bentuk
• Kandungan
• Lampiran
Contoh Cabaran BAKP 2002
Cabaran 1:
Menulis Satu Makalah Bertajuk : “A Day In My Life” Dalam Bahasa Malaysia Atau Bahasa Inggeris (Kerja Individu)

Cabaran 2:
Khidmat Pandu Puteri (Kerja Berkumpulan)

Cabaran 3:
Cadangan Khidmat Masyarakat Yang Akan Dijalankan Untuk Ujian Pandu Puteri Raja Bengkel Selalu Sedia 2002 (Kerja Individu, Dan Penilaian Oleh Rakan Sebaya)

Cabaran 4:
Membentangkan Cadangan Meningkatkan Program dan/atau Aktiviti Pandu Puteri (Kerja Berkumpulan)

Garis Panduan Menyediakan Calon Pandu Puteri Raja
  1. BUKU LOG
    1. Peribadi
      1. Biodata calon
      2. Rekod penglibatan diri dalam perkhidmatan atau aktiviti Pandu Puteri di peringkat pasukan, sekolah, daerah.
      3. Acara Panduk Puteri yang istimewa pernah dihadiri di peringkat caawngan, kebangsaan atau antarabangsa.
         
    2. Program Pandu Puteri Remaja
      1. Ujian Pra Persetiaan
      2. Ujian-ujian Kelas Dua termasuk lencana-lencana untuk Lambang Rumah Kecil
      3. Kelulusan Tali Pekelilingan (jika layak) semasa menjalankan Ujian Kelas Dua (memenuhi syarat umur)
         
    3. Program Pandu Puteri Renjer
      1. Ujian Pra Pelantikan
      2. Ujian-ujian Kelas Satu (termasuk khidmat)
      3. Lencana-lencana untuk Bintang Puteri I, II dan III
      4. Buku Skrap Skim Berdikari
         
    4. Buku Log Permit Perkhemahan atau Lambang Kraf Kayu
       
  2. LAPORAN
    1. Khidmat Masyarakat selama tiga (3) bulan
    2. Tugasan Khas yang ditetapkan

    CATATAN:
    Laporan untuk setiap ujian lencana kecekapan yang telah diambil seharusnya disertakan dengan langkah-langkah melakukannya mengikut syarat-syarat dalam huraian Lencana Kecekapan.

    Cara penyediaan Buku Log diserahkan kepada kreativiti calon. Bahan fotostat yang disalin terus dari buku teks tidak digalakkan.

    Pastikan bahan yang dihasilkan dengan menggunakan komputer adalah usaha calon yang diolahkan sendiri.
     
  3. CABARAN
    Calon Pandu Puteri Raja harus bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang berikut:-
    1. Ilmu dan kemahiran Pandu Puteri seperti Kawat dan istiadat, Simpulan dan ikatan
    2. Situasi masa kecemasan
    3. Pengetahuan dan kemahiran tentang perkhemahan
    4. Permainan Pandu Puteri yang mencabar dan matang
    5. Permainan Luas dan Kraf Kayu (Woodcraft)
    6. Mampu mengelolakan sesuatu acara atau majlis rasmi
    7. Berpengetahuan tentang sebarang isu semasa termasuk berita Pandu Puteri tempatan atau dunia
    8. Berkebolehan membuat kraftangan yang menunjukkan kemahiran dan daya kreativiti sendiri
    9. Menunjukkan kemahiran dan kepandaian mencipta dengan serta merta
    10. Mengamalkan pengurusan kerja secara sukarela dan berperaturan mengikut sistem kumpulan
    11. Kebolehan berucap secara spontan
       
  4. IMEJ KENDIRI
    1. Calon Pandu Puteri Raja dianggap mempunyai pakaian seragam yang lengkap, betul dan sesuai mengikut aktiviti rasmi atau tidak rasmi yang sedang diikutinya. Teguran mengenai pakaian seragam tidak seharusnya berlaku tetapi akan diambil kira dalam penilaian keseluruhan. Memahami dan mengamalkan etika sosial yang sesuai.
    2. Mempunyai keyakinan diri.
    3. Menunjukkan sifat-sifat kepimpinan.
    4. Bersedia bekerjasama, hormat menghormati, bertolak ansur, cergas dan cekap.

Saturday, May 14, 2011

WELCOME BACK 2 ALL READERS SORRY CZ BLOG NHE BERHABUK UDAH. MAKLUM AR SMUA BZ +LG SKG SEMUA SENIOR2 a.k.a PEMIMPIN MUDA pe smbg BELAJAR kan so tinggal SAYA sowg je yg akan merajin kan diri tuk MENGUPDTS.. so skg saya akn start crk semula BAHAn2 yg dPerlukan Dlm blg nhe.. jika ada sebarang pertnyaan boleh lah tinggalkan komen2 anda dlm shoutbox kami..



TQ

Thursday, March 31, 2011

minta maaf

kepada semua pembaca blog ne, kammi memohon maaf kerana tidak mengupdats maklumat atas mslh yg d hadapi oleh kami...
saya wakil bagi pegurusan ICT blog PERSATUAN PANDU PUTERI Daerah Tawau akan mengemaskini blog ne secepat yg mungkin..
harap maklum...

Thursday, March 17, 2011

My PosT - Izza Izzati


Salam buat pembaca,
Salam buat pengunjung laman ini,
Salam kepada rakan seperjuangan,

                Kali ini, buat julung kalinya, aq nak kongsi pengalaman kepada semua pembaca mahupun rakan-rakan lain.

Namaku Izza Izzati Binti Labosa @ Ghazali, aku lahir pada 3 bulan November, tahun 1993. Aku lahir di tawau dan meniti kehidupanku hingga sekarang di bumi Tawau ini. Aku dari tadika hinggalah menengah bersekolah di St Patrick Tawau. Setia dengan sekolah tu… Aku adalah Pandu Puteri Raja Yang Pertama di Tawau tahun 2010 bersama dua rakan aku iaitu Izni Nur Afiqah dan Nur Ashimah Udin. Aku dulunya adalah seorang yang pemalu, takut, pendiam, penyendiri, perahsia.. tapi semua tu dulu.. Aku berubah kerana seseorang, aku berubah kerana sesuatu, aku berubah kerana aku mahu menjadi lebih baik dari yang dulu.. Ternyata sekarang aku mencapai matlamat hidupku yang satu itu…

Persatuan Pandu Puteri adalah sebuah persatuan yang merubah hidup anak gadis remaja selama 100 tahun lamanya. Nombor yang tercatat akan berterusan tahun demi tahun. Aku percaya sekarang kerana aku mengalaminya.. Renungan selama 10 minit sebelum ini membuat aku sedar, aku jauh berubah.. aku berubah lebih matang, berpendirian, bertanggungjawab, dan berdikari.

Okla, mula-mulanya masa aku tingkatan satu dulu di sekolah menengah st Patrick, tercetusnya perasaan inginkan sesuatu setelah mendengar cerita dan tawaran dari seorang pemimpin pandu puteri aku di sekolah itu.. Mula-mula tu, saja-saja aku nak join.. Semakin lama, semakin aku seronok mengikuti setiap aktiviti. Oleh kerana semakin berputiknya Minat kepada kepanduan, semakin cepat membentuk corak didalam diriku yang semakin sukar dipadam. Mungkin korang bosan kan dengar cita aku.. Well, aku Cuma abadikan cerita ne kepada yang berminat saja, so if korang nak continue juga baca, dipersilakanla baca yang seterusnya, if tak, dialu-alukan untuk keluar dari page ne k.. 


“PANDU PUTERI RAJA”


Ya, itulah yang aku kejar-kejarkan dalam masa 5 tahun sebelum ne. Aku Cuma boleh bercerita dari pengalaman, dan kongsikan pengalaman itu kepada semua.  Cerita itu, takkan sama seperti apa yang berlaku sebenarnya. Setiap manusia ditakdirkan kejayaan buat dirinya.. Tetapi pembaca sekalian jangan lupa akan setiap kejayaan pasti ada kegagalan, setiap kegagalan pasti ada hikmahnya. Perjalanan menempuh kejayaan itu penuh dengan liku cabaran, dugaan dan kebahagiaan. 

“Seseorang dengan tujuan yang jelas, pasti akan meraih kejayaan, walau melalui jalan yang berliku, penuh onak dan badai.”

‘Seseorang yang tanpa tujuan, pasti akan menempuh kegagalan, walau melalui jalann yang mudah dan lurus.”

Berikut adalah kata-kata yang hidup bersama kejayaan yang aku kecapi ini.
Dalam aku berusaha untuk melayakkan diri tercalon untuk menerima anugerah tertinggi dalam Persatuan Pandu Puteri Raja ini, aku belajar untuk urus jadual aku untuk seimbangkan dengan pelajaran aku. Aku sedar aku bukan dilahirkan pandai dalam pelajaran, tapi aku tahu tahap kemampuanku, dan aku terokai kebolehanku. Walaubagaimanapun, keputusan di sekolahku masih dalam tahap memuaskan walau tidak selalu mendapat keputusan cemerlang, aku bersyukur kepada ALLAH S.W.T. Itulah usaha aku yang terdaya.

Aku masih teruskan kegiatan kepanduanku walaupun ketika aku berada dalam tingkatan dua, aku terlibat dalam satu kemalangan di sekolah semasa sukan sekolah dimana kaki kananku patah. Walaupun aku diberi cuti sakit selama 3 bulan sebelum aku meneruskan pelajaranku disekolah kerana aku tidak boleh naik ke kelas yang berada di tingkat tiga sekolahku. Demikian pula, aku tidak boleh berjalan dengan sempurna. Aku nekad untuk pergi ke sekolah setelah ayahku meminta bantuan dari sekolah untuk memindahkan kelasku ke bawah iaitu di makmal sains sekolahku. Pihak sekolah bersetuju untuk membantu. Aku bersyukur, walaupun dalam keadaan yang menyeksakan, aku masih boleh meneruskan pelajaranku.

3 bulan adalah satu jangka masa yang lama. Aku ke sekolah bertongkat dua. Aku mandi berduduk dengan kaki diangkat ke kerusi. Aku menaiki tangga di rumahku untuk ke bilikku menggunakan punggungku sehingga ke atas. Betapa susahnya, peritnya hidup dengan kecacatan. Aku menghitung hari demi hari untuk aku sembuh. Kesabaranku dan ketabahanku merubah aku menjadi lebih matang. Alhamdulillah 3 bulan pun berlalu.

Kegiatan kepanduanku terpaksa ku tangguhkan. Setahun berlalu, aku dikejutkan dengan satu khabar dimana aku dikesan mempunyai penyakit apendiks. Aku bersyukur kepada Allah kerana apendiks tersebut dikesan awal kerana pengesanan awal boleh mengurangkan kos rawatan dan risiko terhadap diriku. Aku terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang apendiks tersebut. Hari itu juga, aku dibedah. Pembedahan itu berjalan dengan sempurna. Aku sungguh bersyukur kerana ketika itu juga adalah musim cuti sekolah. Aku risau kalau tika itu adalah sekolah, kerana aku tentunya akan ketinggalan pelajaran. Tahun itu adalah tahun aku akan mengambil PMR. Sudah tentunya aku tidak ingin ketinggalan pelajaranku.  3 hari aku ditahan di hospital ditemani keluarga aku dan sahabat baikku Nurashimah Udin.

Kegiatan kepanduanku semakin suram kerana aku menumpukan perhatian dengan peperikasaan PMR akan menjelang.

Ketika kau berada di tingkatan 4, aku mulai aktif untuk mengejar impian aku. Dengan bantuan dari pembimbingku, mentorku, dan juga sebagai ibu ku, Cikgu Nurhayati Reduan, aku membuat semua ujian bagi melayakkan diri mendapat anugerah tertinggi tersebut. Pada ketika itu, anugerah tersebut dimataku kelihatan jelas, dan aku yakin aku akan mendapatkannya. Oleh itu, aku berusaha dengan gigih dan tanpa henti. Tahun itu, aku terlalu sibuk dengan kegiatan kepanduanku dan pelajaranku.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, perasaan untuk mendapat anugerah itu semakin aku rasa mustahil untuk aku kecapi, setelah aku berada separuh jalan, aku ingin berputus asa dan melepaslan saja impianku. Berkat sokongan dorongan dan nasihat dari guru-guru sekolah, pemimpin-pemimpin, keluarga dan rakan-rakan, tidak lupa juga kepada Pesuruhjaya Daerah Tawau, Pn. Hjh Samsiah serta orang-orang luar, aku meneruskan perjuanganku. Aku menasihati diri sendiri, motivate diri sendiri untuk meneruskannya. Walau aku terpaksa tidak tidur malam, pulang balik dari Bandar ke rumah, ke perpustakaan, ke rumah-rumah untuk mendapatkan maklumat. Malahan aku terpaksa ke pejabat pos, merayu mendapatkan setem bagi log Asia Pasifik. Aku juga mencari bantuan dari rakan-rakan di luar sekolah untuk mencari wang asing dan pelbagai lagi.

Wang barangkali dah masuk ribu aku keluarkan. Semua kesusahan yang aku hadapi walaupun kelihatan tidak berbaloi, bagiku, sungguh berbaloi. Huh, aku rasa dah panjang dah cerita aku ne kan. Huhu, okla kawan-kawan, aku akan teruskan cerita aku tentang hari aku dianugerahkan nanti k. I’ll appreciate if you leave a comment.. TQ..  Teruskan mendapat maklumat dari laman sesawang pandu puteri daerah tawau ne k.. Hopefully, ada yang terdetik nak dapatkan anugerah ini. Dan harap-harap lahirlah pandu puteri raja lagi beberapa tahun lepas ini.

Enjoy The Picture
Dinner di Kediaman Perdana Menteri at Sri Perdana dengan rakan-rakan dari Melaka, Johor dan Kedah
Add caption



Mencipta kenangan untuk segala usaha kami bersama

Senyuman Kejayaan, Kegembiraan jelas telakar di wajah kami semua.






WHEN THERE’S HARD WORK,
NEVER MINE,
KEEP ON TRYING, KEEP ON SMILLING,
THAT’S THE SPIRIT, SISTER MINE.
(Guidng Song, inspire me alot)

Izza Izzati Bt Labosa

Tuesday, March 15, 2011

part 2. LENCANA KECEKAPAN

PENJAGA KANAK-KANAK

Pra syarat:
i) Kanak-kanak yang di jaga hendaklah berumur antara tiga hingga lima tahun.
ii)  Calon hendaklah menunjukkan
  • sikap bertanggungjawab 
  •  taraf kebersihan yang tinggi 
  •  kasih sayang terhadap kanak-kanak di bawah jagaannya
  •  sifat amanah, dan
  • tutur kata yang sopan
iii) Ujian ini boleh diambil dalam dua bahagian dan Penguji berlainan boleh ditugaskan untuk menjalankan bahagian tertentu.
 iv) Pemegang Lencana Kecekapan ini mestilah bersedia dan berupaya menjaga kanak-kanak pada bila-bila masa dengan syarat seorang dewasa mudah dihubungi dalam masa kecemasan.

A. BAHAGIAN I

  1. Mengetahui tentang pakaian kanak-kanak
  2. mengetahui tentang makanan kanak-kanak
  3. Mengetahui tentang jenis permainan yang sesuai
  4. Merancang kegiatan sehari dengan mengambilkira rutin harian kanak-kanak
  5. Mengetahui cara mengelak dari berlakunya kemalangan yang melibatkan kanak-kanak di dalam dan di luar rumah
  6. Mengetahui dan boleh merawat luka dan mengambil suhu badan
  7. mengetahui cara menidurkan kanak-kanak
B. BAHAGIAN II
menjaga seorang kanak-kanak sel;ama setengah hari di bawah pengawasan Penguji. Penjagaan kanak-kanak meliputi :
  1. membersihkan kanak-kanak berkenaan
  2. menyediakan hidangan makanan untuk kanak-kanak
  3. menyediakan alatan permainan yang sesuai, mengawasi permainan dan turut mengambil bahagian jika dikehendaki kanak-kanak tersebut
  4. menyampaikan sebuah cerita yang sesuai


Thursday, March 10, 2011

LENCANA KECAKAPAN

JURU MASAK


A. Amali

  1. Calon dikehendaki membawa dan menunjukkan kepada penguji surat daripada ibunya yang menyatakan bahawa calon berkebolehan menyediakan dan menghidangkan hidangan makan malam atau tengah hari untuk empat orang ahli keluarga dan telah mengemaskan tempat makan serta membersihkan pinggan mangkuk selepas itu.
  2. Sediakan satu hidangan makan tengah hari yang seimbang, menggunakan paelbagai cara masakan dalam tempoh dua jam setengah untuk dua orang dengan menggunakan bahan-bahan yang berikut:-
    • ikan atau daging ayam
    • telur atau taukau atau taufu
    • sayur-sayuran
    • buah-buahan atau agar-agar
  3. Di tempat Ujian, sediakan minuman teh atau kopi dan hidangkan di atas dulang bagi minum petang untuk empat orang. Bersihkan semua pekakas yang digunakan di tempat ujian.
B. Teori
  1. Melalui perbincangan dengan Penguji, tunjukkan pengetahuan tentang bahan makanan, khasiatnya dan cara-cara menyimpan dan menggunakan bahan-bahan itu.
  2. terangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan di bilik dapur.




 PELAYAN TETAMU

A. Terangkan bagaimana melayan tetamu yang datang untuk situasi berikut

  1. bermalam di rumah : persiapan bilik, temapt makan, merancang menu, aturcara dan lain-lain.
  2. majlis kenduri atau jamuan : jemputan, persiapan tempat, menu, memperkenalkan para tetamu, aturcara dan lain-lain
B. Menulis surat atau membuat kad untuk:
  • memjemput tetamu ke majlis kenduri atau jamuan
  • memjemput seorang rakan untuk bermalam di rumah
  • menerima atau menolak jemputan rasmi
  • mengucapkan terima kasih
C. Melayan tiga orang tetamu, termasuk Penguji, di suatu Jamuan Teh atau Acara Pandu Puteri yang sesuai. Sediakan  minuman pagi atau petang dengan dua jenis hidangan manis dan pedas di atas meja atau dulang.

D Di tempat ujian, tunjukkan cara membungkus hadiah atau cenderamata untuk disampaikan kepada tetamu.













by
Eyra Tawau Girl Guide




Tuesday, March 8, 2011

Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia 

1919Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang
1921H.E. Lady Guillimard
1930H.E. Lady Clement
1947H.E. Lady Gent
1948H.E. Lady Gurney
1952Y.B. Toh Puan Lady Templer
1953H.E. Lady Mac Cilivary
1957Y.B. Datin Puteh Mariah binti Ibrahim Rashid
1962Y.B. Toh Puan Norashikin Ismail
1963Y.B. Toh Puan Rahah Razak
1977Y.B. Datin Suhaila Hussein
1981Y.A.B. Dato' Seri Dr Siti Hasmah bt Haji Mohd. Ali
2003Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Endon bt Mahmood
2007Y.A.Bhg Datin Seri Jeanne Abdullah
2009Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Monday, March 7, 2011

Camping SM Teknik Tawau

Congratulations!!!


TAHNIAH!!! kami mengucapkan tahniah kepada peserta perkemahan di SM Teknik Tawau yang berlangsung hujung minggu lepas iaitu 5 dan 6 mac 2011. camping ini telah berlanggsung selama 2 hari 1 malam di mana melalui program ini, peserta banyak mendapat pendedahan baru dan juga memberikan mereka inspirasi baru dlm diri mereka. saya mengharapkan mereka akan terus maju demi diri sendiri, sekolah dan juga masyarakat..
Kami jg mengucapkan beribuan terima kasih kepada pihak pengajur yang telah menjemput kami untuk menolong  para peserta ini dan kami dpt berkongsi pengalam kami bersama mereka. Kami harap program ini akan terus di laksanakan oleh pihak sekolah tidah kira di Daerah Tawau tetapi seluruh negara boleh membuat program seumpama ini kerana iya memberikan banyak manfaat kepada pelajar..

marilah kita lihat aktiviti yg telah mereka jalan kan...

sesi menyiyapkan tugasan
bz membuat keja
penyeramah jemputan tentang kompas
hiking dari SM Teknik ke Komplx Tawau
br saja sampai d last point
mendengar taklimat yg d berikan
kad kemajuan sentiasa ada sebagai rujukan
mencari maksud tanda mengesan yg d temui
rehat sebentar sebelum smbg hiking tuk pulang
penat tp tetap bule senyum lg
masakan rimba selepas pulang dari hiking
hari ke-2, pembentukan ladam kuda
Pesuruhjaya Daerah Tawau memberi ucapan
barisan pemimpin
gambar besama Pengetua SM Teknik Tawau


mengucapkan riabuan terima kasih atas kerjasama semua pihak terutama kepada Pengetua SMK Teknik Tawau yang telah memberi galakan kepada pelajar SMK Tenik TAwau untuk menjalankan aktiviti seumpama ini. Tidak lupa juga kepada guru-guru mahupun barisan pemimpin PPPM SM Teknik Tawau yg tidak lupa dan memberi peluang kapada kami untuk turut serta dalam camping ini.
Blogger Templates










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...